Monday 25 April 2016

Throw that mentality away

So harini gua ada ternampak satu tweet ni yg agak buat aku bengang la. Sini tweetnya. Psl aku pun pernah rasai. Aku tak fhm org yg fikirannya mcm ni.

First of all, just because you hve a better job than someone ataupun "kerja dlm aircond" doesnt mean you can hina org yg niaga pasar malam. I dont know apa yg hina sgt kerja psr mlm tu. Berdosa ke dia. Apa yg aku pandang hina adalah orang yg buat kerja haram & x diredhai Tuhan.
Kerje niaga pasar malam tu keja halal. Dia cari rezeki halal.

"Tula suruh sekolah takmau"

Dude lantak dia la nak sekolah ke tidak and apa jd pada masa dpn dia . Takdir orang ni berbeza. Dia dh pilih jalan tu, dia sendiri akan hadapi.  Kenapa perlu fikirkan masa depan orang lain? Kenapa perlu fikirkan apa yg jd pada sesorang sekiranya dia tidak sekolah? Ganggu hidup kau kah? Dlm Quran Tuhan ada kata bumi  ni luas.
Maknanya rezeki pun luas. Mana mana ada rezeki.
Tak bermakna tiada pendidikan automatic tiada masa depan.
And ya, mmg betul tk sekola tk dpt kerja bagus, tp dh itu yg Tuhan kasi pada dia, kita tak boleh jugak nk slhkan takdir mahupun diri sendiri. Tp tulah hidup. Ingat hidup ni selalu indah belaka ke?

Tambahan pula, dia kata kalu mak mertua kompem dh reject psl dia kerja niaga pasar malam je. Yela malu mungkin. Orang lain menantu kerja besar, menantu sendiri kerja peniaga je.

Ni la lagi satu perangai manusia. Kenapa la taksub sgt nk puaskan hati orang. Cuba kita fikir balik, kita ni hamba orang ke hamba Tuhan sebenarnya? Kenapa beriya nk sesuatu yg boleh dibanggakan dan buat kita riak? 

Kita hidup ni jgn buat gaya mcm takdak Tuhan. Terlampau takut.
Takut sekali gagal, gagal selamanya.
Seolah olah Tuhan ni tak nak membantu kita.
Tuhan tak zalim.
Ni semua hanya ujian, bukan azab.
Jgn pernah kita fikir ini azab.
Fitrah la utk semua orang.
Bezanya mcm mana kita hadapi ujian tu.
Kalu orng tu percaya dan yakin pada Allah, dia tak takut apa-apa.
Dia takkan takut apa jd pada masa depan dia.
What you give you get back.
Kalau kau ingkar perintah Tuhan,
faham faham lah ye kalau apa  apa jadi.

Tp dlm kes ni mgkin org tu menyesal tak belajar leklok masa dulu2, sudahnya dpt kerja  pasar malam je.

Tp pada pendapat aku yg lebih kurang sama situasinya , aku takda apa apa nak disesalkan.
Buat apa nk menyesal?
Hancurkah hidup aku ni utk menyesal?
Teruk sgt ke hidup aku ni?
Ramai lagi orang kat luar sana ada nasib lg teruk dari aku.

Sebenarnya org kerja aircond ni rugi. Tk dpt nk rse pengalaman kerja yg pyah mcm peniaga pasar malam. Rugi gila woi! Jujur aku kata, bila aku dpt rasa kesusahan, aku tkut andai ditimpa kesenangan. Aku takut lupa diri. Org yg nk keje senang ni, klu satu hari dia ditimpa kesusahan, dia akn panik sbb tk pernah rasa mcm mana susah. Tk thu nak handle. Tak biasa.
Sbnrnya aku bersyukur yg aku ni tk berapa nk berada mcm org lain. Mcm mcm benda aku dpt lalui.
Dan semua tu lebih membina aku. Bukan meruntuhkan.

Pstu,
Paling kelakar bila dia kata
"aku keje 4 bln dah guna satria".
nak ckp besar pun at least bila dh mmpu guna vellfire la der lol

Aku bkn nk backup org yg berniaga pasar mlm ni. Dan aku pun tak halang / salahkan seseorang nak belajar rajin rajin dan dptkan kerja bagus supaya hidup senang. Sukahatilah.  Tp tak perlula nak perlekeh kerja orng lain, hanya disebabkan kau kerja dlm aircond. Tu je aku bengang sebenarnya. Mcm la bgus sgt.
Tuhan tkde pun kata peniaga tu hina.
Asal kan apa yg dia buat tu Tuhan redha.
Bahagia dan tenteram la hidup dia.

Buat pe duit berlambak tp tak tenang?
Hidupni biarla beserdehana.
Tak terlampau susah.
Tak terlampau senang.
Tak usahlah kita takut dengan ujian Tuhan kerana ia psti ada.
So sebelum perlekeh orang fikir dulu yg kita semua sama.
Manusia.

Tu je madah pujangga aku harini.

Yang benar, Susu.

No comments:

Post a Comment